| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Variasi: Teknik Menjahit Author: Rosita Jaafar Binding: Softcover, 200 pages (2006) Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd Price: RM21.00
Synopsis Menjahit bukannya sukar sangat. Tetapi jika tidak tahu cara-cara dan tekniknya, mutu jahitan akan nampak murah dan kurang berkualiti.
Bagi mendapatkan kemasan yang bermutu, setiap jahitan harus digosok terlebih dahulu. Ia akan kelihatan lebih kemas berbanding jika anda menggosok pakaian setelah semuanya siap dijahit. Cuba anda tinjau pakaian yang dijual di butik. Perhatikan mutu jahitannya. Begitu kemas dan rapi, kan? Setiap panel depan, garisan leher hingga ke hujung skirt atau lengan nampak cantik sekali.
VARIASI TEKNIK MENJAHIT diterbitkan khusus untuk memberi panduan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit pakaian wanita. Antaranya ialah kebaya, baju kurung, blaus, jaket, skirt, seluar, baju tidur dan hiasan manik. Setiap arahan dilengkapi dengan foto berwarna bagi memudahkan pemahaman.
Berdasarkan pengalaman sebenar, ROSITA JAAFAR mengajak anda berkongsi teknik menjahit yang mudah tetapi terbukti hasil jahitannya. Cara pengajaran yang jelas dan praktikal ini amat senang untuk difahami.
Kepuasan sebenar akan lebih terasa seandainya pakaian yang dihasilkan bukan sahaja dapat disiapkan tetapi juga selesa dipakai dan terletak cantik di badan. Anda pasti berasa bangga menyarungkan pakaian hasil kerja tangan sendiri malah tidak mustahil minat menjahit ini akan manghasilkan pendapatan lumayan jika benar-benar fokus mendalami bidang jahitan ini.
Yakinlah dengan kebolehan sendiri dan mulakan menjahit sendiri hari ini juga!
|
|
Send mail to
admin@firstedition.com.my with questions or comments about this website.
|