|
Perjuangan Datuk
Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891-1895) banyak
memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang
berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang
Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata,
meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung
perjuangan Datuk Bahaman.
Salah seorang zuriat
Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan
kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran
mukim Semantan, Temerloh. Bermula sebagai pemimpin kecil dalam
gerakan politik kiri (PKMM/API), Abu Samah kemudiannya menjadi salah
seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya
dan PKM. Perjuanganya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang
hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mungkin kurang dikenali
berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah C.D.,
tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Ingeris sejak
tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun
1975. Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia
adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut
diberi pengiktirafan.
About The Author
MOHAMED SALLEH LAMRY,
Mantan Prof. Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lahir di Kuala Selangor
pada 22 September 1942, beliau mendapat ijazah Ph.D dalam bidang
Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaya, 1989. Ankara
penerbitan beliau yang terpenting ialah Paya Jejawi: Satu Kajian
Antropologi Politib (DBP, 1992), Geraban Kiri Melayu dalam
Perjuangan Kemerdebaan (Penerbit UKM 2006), dan Gerakan dan Tokoh
Kiri:
Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan (SIRD 2006)
|