First Edition Bookstores .....                    At Damansara Utama, Petaling Jaya .....                    Open everyday from 9:00 am - 12:00 midnight .....                    The bookstore for night owls (and early birds too) .....                    Always first to open and last to close .....                    The only 15/7 bookstore .....                    Serving you 15 solid hours daily, 7 days a week .....                    Books, magazines, stationery, gifts, greeting cards, educational toys, etc. .....
             
  BUSINESS HOURS: 9:00 AM - 12:00 MIDNIGHT EVERYDAY (INCLUDING SUNDAYS & PUBLIC HOLIDAYS)
 

About Us Shipping Contact Us   

 Senarai Buku-buku Melayu

Home
Wealth
Self-Help
Health & Fitness
Biographies
Traders' Corner
Islam
Christianity
Enlightenment
Malay Titles
Special Interests
Porsche Design
Gift Vouchers

 

 

Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan

Author: Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, Fawziah Yahya

Binding: Softcover, 347 pages (2005)

Publisher: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
ISBN: 9833376010
Price: RM32.00

 

Sinopsis

Buku ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan serta cara menggunakan kognitif bagi menyelesaikan masalah. Turut dibincangkan adalah teori-teori kognitif, gaya kognitif, emosi dan pengamatannya dan banyak lagi. Buku ini sesuai dibaca oleh guru, kaunselor, ibu bapa serta pelajar Ijazah Psikologi Pendidikan dan penggemar ilmu psikologi.

Buku ini memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan cara berfikir menggunakan pelbagai kefahaman dalam membuat keputusan. Dengan berfikir, segala masalah dalam hidup dapat diselesaikan dengan mudah.

Buku ini juga membincangkan beberapa faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan. Faktor ini dapat digunakan oleh guru di dalam kelas seperti kaedah mneumonik, teknik chunking, teknik gabungan huruf pertama, teknik PQRST iaitu Preview, Question, Read, Self Recitation, Test.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga menerangkan kepada pembaca bagaimana menggunakan pancaindera bagi meningkatkan kemahiran pengamatan. Ini termasuk menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, buku ini boleh digunakan bagi membina pemikiran kritis. Antaranya, penekanan pengajaran bagi menyelesaikan masalah iaitu membincangkan isu-isu kritikal dan pemikiran logik.

Daripada segi konsep kecerdasan pada peringkat sekolah, buku ini menumpukan cara menguji kecerdasan kognitif dan kecerdasan ruang linguistik, kecerdasan logikal-matematik dan kecerdasan ruang sahaja.

Bagi meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah di kalangan pelajar, dalam pengajaran dan pembelajaran, beberapa panduan disediakan bagi membimbing pelajar supaya mempertimbangkan beberapa faktor dalam proses pilihan ataupun semasa membuat keputusan.

Buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan ini sesuai dibaca oleh guru-guru, kaunselor sekolah, ibu bapa, serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil mata pelajaran psikologi pendidikan dan juga bagi penggemar ilmu psikologi.

Isi Kandungan
Isi Kandungan
Prakata
Bab 1 Konsep Pembelajaran
Kebimbangan
Kebangkitan
Perhatian
Sikap
Gaya Kognitif atau Gaya Pembelajaran
Mengimbas
Meratakan Lawan Menajamkan
Refleksi Lawan Impulsif
Pembezaan Konseptual
Kreativiti
Maklum Balas dan Pengukuhan
Imageri
Strategi Pembelajaran
Masteri
Memori
Model-model Mental
Meta Kognisi
Motivasi
Skema
Urutan Arahan atau Pengajaran
Taksonomi
Pemindahan
Lokus Kawalan
Konsep Kognisi
Teori Gestalt
Pengkategorian
Makna
Psikolinguistik
Persepsi atau Pemahaman
Teori Kematangan Kognitif Piaget
Perspektif Psikologi Kognitif dalam Pembelajaran
Kesimpulan

Bab 2 Teori Kognitif Fleksibiliti
Teori Kognitif Fleksibiliti
Ciri-ciri Teori Kognitif Fleksibiliti
Prinsip-prinsip Utama Teori Kognitif Fleksibiliti
Kepentingan Teori Kognitif Fleksibiliti
Aplikasi Teori Kognitif Fleksibiliti
Implikasi Teori Kognitif Fleksibiliti
Kesimpulan

Bab 3 Teori Ketidakserasian Kognitif
Pendedahan pada Maklumat yang Selaras dan Bercanggah
Sokongan Sosial
Perkembangan Teori Ketidakserasian Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kritikan ke atas Teori Kognitif Ketidakserasian
Rumusan

Bab 4 Teori Perkembangan Kognitif
Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Teori Ketekalan Kognitif
Teori Keseimbangan
Teori Kongruiti
Teori Ketekalan Kesamarataan
Teori Persepsi Diri
Kesimpulan

Bab 5 Gaya Kognitif
Sejarah Psikologi Kognitif
Definisi Psikologi Kognitif
Definisi Gaya Kognitif
Sejarah Kemunculan Gaya Kognitif Field Independent dan Field Dependent
Ciri- ciri Gaya Kognitif Field Independent dan Field Dependent
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Gaya Kognitif FI dan FD
Konseptual Tempo
Kepelbagaian Gaya Kognitif
Hemisfera Otak
Kesimpulan

Bab 6 Pengamatan
Definisi Pengamatan
Proses Pengamatan
Penghalang Proses Pengamatan
Jenis-jenis Pengamatan
Ciri-ciri Pengamatan
Teori Gestalt
Hukum Pragnanz
Faktor yang Mempengaruhi Rangsangan Pengamatan
Cara Meningkatkan Kebolehan Pengamatan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Kesimpulan

Bab 7 Kecerdasan
Kepercayaan pada Kecerdasan dan Pengetahuan
Ragam Kecerdasan yang Luas
Pengukuran dan Ujian Kecerdasan
kecerdasan Emosi
Peranan Keluarga dalam Membentuk Kecerdasan Emosi
Kesimpulan

Bab 8 Ingatan
Definisi ingatan
Kajian Berkaitan Ingatan
Ciri-ciri Semula Jadi Ingatan
Kategori Ingatan
Jenis-jenis Ingatan
Ingatan dan Jangka Masa
Proses Daya Ingatan
Teknik Mengingat
Teknik Menguatkan Ingatan
Lupaan
Definisi Lupaan
Patologi Berkaitan Ingatan
Jenis-jenis Lupaan
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Lupaan
Cara-cara Meningkatkan Ingatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Kesimpulan

Bab 9 Penumpuan
Definisi Penumpuan
Kajian Penumpuan
Asas Biologi Penumpuan
Faktor Utama yang Mempengaruhi Penumpuan
Penumpuan dan Automatik
Jenis Penumpuan
Model-model Penumpuan
Ringkasan
Kaitan Penumpuan dalam Pembelajaran
Kesimpulan

Bab 10 Pemikiran Kritis
Definisi
Pemikiran
Proses Berfikir
Pemikiran Kritis
Ciri-ciri Pemikiran Kritis
Standard Pemikiran Kritis
Halangan kepada Pemikiran Kritis
Sistem Soalan yang Menggalakkan Pemikiran Kritis
Kaitan PK dengan Kecerdasan
Kesimpulan

Bab 11 Penyelesaian Masalah
Masalah dan Penyelesaian
Pendapat Ahli Psikologi Secara Umum
Pendapat Tokoh Psikologi dan Hasil Kajian
Penyelesaian Masalah
Jenis-jenis Masalah
Langkah-langkah Penyelesaian Masalah
Pemikiran dan Penyelesaian Masalah
Jenis-jenis Pemikiran

Bab 12 Minda dan Otak
Definisi Otak
Struktur, Bahagian dan Fungsi Otak
Makanan dan Pemakanan Otak
Konsep Minda
Perbezaan Otak dan Minda
Kesimpulan

Bab 13 Dunia Sosial dalam Perkembangan Kognisi
Latar Belakang Keluarga
Bentuk Keluarga
Saiz Keluarga
Taraf Sosioekonomi
Taraf Pendidikan Ibu Bapa
Suasana Rumah
Sikap Ibu Bapa
Kepimpinan Ibu Bapa
Penerimaan Pendidikan di Sekolah
Peranan Guru dalam Proses Perkembangan Kognitif Pelajar
Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh Masyarakat dan Sosiobudaya
Simbol Status
Media Massa
Cara Merangsang Perkembangan Kognitif
Kesimpulan

Bab 14 Emosi dan Perkembangannya
Teori Emosi
Perkembangan Emosi
Genetik
Persekitaran
Pemakanan Semasa Pralahir
Pencemaran
Kesimpulan

Bibliografi
Indeks
 


 

[Back] [Home] [Up] [Next]

Send mail to  admin@firstedition.com.my with questions or comments about this website.
Copyright © 2004-2009 First Edition Bookstores
Last modified: 05-Jan-2010