|
Buku ini membincangkan
peranan pentadbir ke arah mewujudkan sekolah penyayang dan sekolah
Bestari, ICT dalam kepimpinan pendidikan, amalan ke arah mewujudkan
sekolah cemerlang, pelaksanaan polisi pendidikan di Malaysia, hak
dan kesamarataan pendidikan kepada golongan kurang upaya.
Buku ini dirancang sebagai usaha mempertingkatkan darjah keilmuan
masyarakat guru dan pentadbir, khususnya dalam bidang kepimpinan
pendidikan.
Di samping itu, ia diharap dapat membantu banyak pihak, terutamanya
golongan pentadbir, guru-guru dan bakal guru, penyelidik, pensyarah,
pelajar di semua maktab dan institusi pengajian tinggi dan juga
orang ramai yang mahu tahu dan mendalami polisi dan tingkah laku
kepimpinan pendidikan dalam disiplin pentadbiran, sains tingkah laku
dan pengurusan awam.
Buku ini sebenarnya hanya menumpukan pada kepimpinan pengetua dan
peranan mereka sebagai pelaksana dasar pendidikan kebangsaan,
selaras dengan matlamat meningkatkan kualiti dalam kepimpinan
pendidikan dan kecemerlangan sekolah.
Di samping itu, konsep Sekolah Bestari, Sekolah Penyayang, Sekolah
Wawasan dan Dasar Pendidikan Khas, diketengahkan sebagai panduan
kepada golongan pentadbir dan guru-guru bagi mempertingkatkan
kecemerlangan pentadbiran pendidikan di Malaysia.
Sehubungan itu, buku ini diharap dapat membantu guru-guru ataupun
bakal guru dan pentadbir mengenal dan memahami perkembangan polisi
dan bentuk kepimpinan pendidikan yang diharapkan masa kini.
Bab 1 dan bab 2 buku ini, menjelaskan konsep kepimpinan dan
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan dan
keperluan perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bab ini
juga menyentuh peranan ibu bapa dan masyarakat yang dapat memainkan
peranan secara bersama bagi merealisasikan hasrat Wawasan Pendidikan
dalam sistem pendidikan negara.
Bab 3 dan bab 4 buku ini, lebih memberi tumpuan pada peranan
pentadbir bagi merealisasikan konsep Sekolah Bestari dan Sekolah
Penyayang. Bab ini juga, antara lain menekankan dimensi tingkah laku
dalam kepimpinan pendidikan, seperti mempamerkan perwatakan yang
baik di sekolah, membentuk perwatakan pelajar, semangat patriotisme,
interaksi yang baik dengan pelajar dan penumpuan pada pelaksanaan
ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Bab 5 pula menyentuh polisi bahasa dan sastera dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Antara lain ialah matlamat pendidikan bahasa,
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kurikulum
sastera dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah.
Bab 6 dan bab 7 buku ini, membincang konsep dan beberapa isu
berkenaan Sekolah Bestari dan Sekolah Wawasan. Manakala Bab 8 dan
bab 9 pula menumpukan pada pelaksanaan Dasar Pendidikan Khas di
Malaysia dan cabaran serta harapan pelaksanaan sistem pendidikan itu
di Malaysia. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi menjamin
golongan kurang upaya mendapat hak yang sama dalam pendidikan.
Bab terakhir buku ini cuba mengetengahkan konsep, matlamat dan
pelaksanaan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang semakin popular di
Malaysia dalam usaha memberi ruang kepada semua golongan rakyat di
Malaysia supaya mendapat peluang belajar ke peringkat yang lebih
tinggi.
Isi Kandungan
Prakata
1. Kepimpinan dan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Rumusan
2. Kepimpinan dan Wawasan Pendidikan Negara
Keperluan Perubahan dalam Pendidikan
Hala Tuju Wawasan Pendidikan Negara
Pelaksanaan Wawasan Pendidikan
Rumusan
3. Membestarikan Sekolah dan Peranan Pengetua
Matlamat Sekolah Bestari
Peranan Pengetua
Peranan Pengetua ke arah Membestarikan Sekolah
Pengetua ke arah Kecemerlangan Sekolah Bestari
Cabaran Sekolah Bestari
Harapan kepada Sekolah Bestari
Rumusan
4. Sekolah Penyayang
Kepimpinan Pengetua dan Sekolah Penyayang
Peranan Pengetua ke arah Mewujudkan Sekolah Penyayang
Peranan Guru ke arah Mewujudkan Sekolah Penyayang
Rumusan
5. Polisi Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Malaysia
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Matlamat Pendidikan Bahasa di Malaysia
Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kerjasama Institusi Bahasa
Perkembangan Kurikulum
Tujuan Perubahan Kurikulum Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Cabaran Pendidikan Bahasa dan Sastera
Implikasi Pendidikan Bahasa dan Sastera
Rumusan
6. Sekolah Bestari
Takrif Sekolah Bestari
Ciri-ciri Sekolah Bestari
Komponen Utama Sekolah Bestari
Matlamat Sekolah Bestari
Pelaksanaan Sekolah Bestari
Harapan dan Isu Sekolah Bestari
Rumusan
7. Sekolah Wawasan
Ciri-ciri Sekolah Wawasan
Matlamat Sekolah Wawasan
Pelaksanaan Sekolah Wawasan
Harapan dan Cabaran Sekolah Wawasan
Rumusan
8. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia
Definisi Pendidikan Khas
Dasar Pendidikan Khas
Pelaksanaan Pendidikan Khas
Strategi Melaksanakan Pendidikan Khas
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Penempatan Pelajar Berkeperluan Khas
Jenis Pendidikan Khas dan Ciri-ciri Kanak-kanak Istimewa
Rumusan
9. Pendidikan di Malaysia: Cabaran dan Harapan
Tanggungjawab Mendidik Kanak-kanak Istimewa
Cabaran Pendidikan Khas
Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa
Peranan Guru Resos dan Guru Biasa dalam Pengajaran Kolaboratif dan
Koperatif
Keberkesanan Pendidikan Kanak-kanak Istimewa di dalam Kelas Biasa
Rumusan
10. Pengajian Jarak Jauh di Malaysia
Melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh
Perkembangan Pendidikan Jarak Jauh
Masa Depan Pendidikan Jarak Jauh
PJJ di Universiti Utara Malaysia
Rumusan
Rujukan
|