|
Buku ini memaparkan skop
kerja yang meluas dalam bidang farmasi. Masa depan dan prospek dalam
bidang farmasi ini amat cerah. Bagi menjadi ahli farmasi, pelajar
perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari
universiti tempatan ataupun luar negara. Kos, pembiayaan dan tempat
bukan halangan untuk belajar kerana buku ini turut memaparkan
institusi yang diiktirafdan tawaran biasiswa atau pinjaman kepada
pelajar.
Buku ini turut memandu pembaca bagi memulakan langkah pertama yang
betui supaya cita-cita bagi menceburi bidang ini kesampaian.
Syarat-syarat kelayakan turut diterangkan supaya dapat memberikan
gambaran awal kepada pembaca berkaitan bidang. Selain berpeluang
bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Farmasi, pelajar
juga dapat menjawat pelbagai jawatan lain yang berkaitan dengan
bidang farmasi. Semua jawatan berkaitan dihuraikan buku ini.
|