|
Bidang insurans menawarkan dua peluang utama iaitu menjadi pekerja
profesional bertauliah dan menjadi usahawan. Buku ini dihasilkan
bagi membuka minda para pelajar berkaitan wujudnya peluang pekerjaan
yang baik dalam bidang ini. Selain daripada agen insurans, terdapat
pelbagai jenis pekerjaan lain di dalam bidang ini yang dihuraikan
dengan jelas di dalam buku ini. Terdapat terma-terma dan
istilah-istilah khusus insurans yang diperkenalkan kepada pembaca
supaya pembaca dapat memahami konsep dan prinsip insurans dengan
mudah. Pelbagai cerita dan tips kejayaan turut didedahkan supaya
dapat memberi motivasi kepada mereka yang berminat menceburi bidang
ini. Buku ini turut memberikan tips dan teknik kepada agen baru
berkaitan dengan cara mendapatkan pelanggan baru, persediaan bertemu
pelanggan dan tip berkomunikasi melalui telefon.
About The Author
Nor Azila Zainal Abidin adalah Pengarah Urusan konsultan perakaunan
Nor Azila & Co. Mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang
pengauditan, pengurusan perakaunan dan kewangan korporat, pengurusan
operasi perniagaan, konsultan sistem atau perisian perakaunan dan
kewangan dengan beberapa syarikat multinasional dan tempatan.
|