First Edition Bookstores .....                    At Damansara Utama, Petaling Jaya .....                    Open everyday from 9:00 am - 12:00 midnight .....                    The bookstore for night owls (and early birds too) .....                    Always first to open and last to close .....                    The only 15/7 bookstore .....                    Serving you 15 solid hours daily, 7 days a week .....                    Books, magazines, stationery, gifts, greeting cards, educational toys, etc. .....
             
  BUSINESS HOURS: 9:00 AM - 12:00 MIDNIGHT EVERYDAY (INCLUDING SUNDAYS & PUBLIC HOLIDAYS)
 

About Us Shipping Contact Us   

 Senarai Buku-buku Melayu

Home
Wealth
Self-Help
Health & Fitness
Biographies
Traders' Corner
Islam
Christianity
Enlightenment
Malay Titles
Special Interests
Porsche Design
Gift Vouchers

 

 

Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan

Author: Ahmad Baharuddin Abdullah

Binding: Softcover, 216 pages

Publisher: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN: 9833585973
Price: RM21.00

 

Sinopsis

Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.

Menentukan kerjaya adalah satu dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar pelajar terutamanya mereka yang akan mengambil peperiksaan seperti SPM ataupun STPM. Untuk berjaya dalam hidup, penentuan dan pemilihan kerjaya perlu dilakukan seawal yang mungkin, ini membolehkan persediaan secukupnya dilakukan bagi memastikan cita-cita tercapai. Malah terdapat banyak buku-buku di pasaran yang menerangkan perihal kaedah pemilihan kerjaya dan kerjaya terbaik.

Tetapi agak kurang buku-buku yang diterbitkan menfokuskan kepada sesuatu bidang secara spesifik. Untuk itu buku ini dihasilkan dengan lebih memperincikan dan menekankan keperluan dan kemahiran akademik yang perlu dimiliki oleh pelajar bagi memasuki sesuatu bidang dan dalam kes ini melibatkan bidang kejuruteraan. Bidang kejuruteraan amnya dikaitkan dengan kerjaya jurutera, tetapi sebenarnya lulusan bidang kejuruteraan juga layak memasuki bidang lain seperti pemasaran, perniagaan dan sebagainya.

Buku ini juga menyenaraikan institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang menawarkan kursus-kursus kejuruteraan. Selain itu syarat-syarat dan keperluan secara umum juga diberi sebagai panduan kepada pelajar, tetapi syarat-syarat ini biasanya berubah mengikut keadaan dan keperluan sesebuah institusi pengajian.

Dalam mempraktikan amalan kejuruteraan, seseorang jurutera itu mempunyai kod etika yang perlu diikuti, ia adalah bagi memastikan mutu kerjaya yang dihasilkan adalah terbaik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Buku ini juga membincangkan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi sebelum dan semasa bergelar jurutera.

Diharap buku ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pelajar yang sedang membuat pilihan kerjaya dan lebih dapat meningkatkan lagi minat pelajar kearah meramaikan lagi bilangan jurutera selaras dengan cita-cita menjadi negara maju melalui k-ekonomi menjelang 2020.
 

Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 Kerjaya Pilihan
Bab 1 : Memilih Kerjaya Berdasarkan Minat
Bab 2 : Memahami Jenis-jenis Kerjaya
Bab 3 : Keperluan Negara kepada Jurutera

Bahagian 2 Sumbangan Islam dalam Kejuruteraan
Bab 4 : Sumbangan Tamadun Islam
Bab 5 : Tokoh-tokoh Islam dalam Kejuruteraan

Bahagian 3 Bidang Kejuruteraan
Bab 6 : Bidang Kejuruteraan Secara Umum
Bab 7 : Kejuruteraan Aeroangkasa
Bab 8 : Kejuruteraan Mekanikal
Bab 9 : Kejuruteraan Bahan
Bab 10 : Kejuruteraan Industri
Bab 11 : Kejuruteraan Pembuatan
Bab 12 : Kejuruteraan Automotif
Bab 13 : Kejuruteraan Marin
Bab 14 : Kejuruteraan Pertanian
Bab 15 : Kejuruteraan Makanan
Bab 16 : Kejuruteraan Kimia
Bab 17 : Kejuruteraan Awam
Bab 18 : Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal
Bab 19 : Kejuruteraan Petroleum
Bab 20 : Kejuruteraan Perlombongan
Bab 21 : Kejuruteraan Nuklear

Bahagian 4 Institusi Pengajian Tinggi
Bab 22 : IPTA yang Menawarkan Kursus Kejuruteraan
Bab 23 : IPTS yang Menawarkan Kursus Kejuruteraan

Bahagian 5 Tip pelajar, cabaran dan etika jurutera
Bab 24 : 10 Tip untuk Pelajar Kejuruteraan
Bab 25 : Cabaran Jurutera
Bab 26 : Etika Jurutera

Penutup

Bibliografi
 

[Back] [Home] [Up] [Next]

Send mail to  firsteditionbookstores@gmail.com with questions or comments about this website.
Copyright © 2004-2008 First Edition Bookstores
Last modified: 10-Nov-2008