|
Kerjaya sebagai guru
adalah menyeronokkan. Kehebatan guru terserlah apabila disiplin diri
diamalkan dengan konsisten. Bagaimana hendak menjadi guru?
Panduannya ada di sini.
Bagi pelajar yang berminat dalam bidang perguruan dan memilih
kerjaya ini untuk masa depan mereka, buku ini ada menerangkan syarat
dan kelayakan serta pengkhususan secara terperinci. Ia juga
membincangkan berkaitan tugas, sifat dan tanggungjawab, etika,
disiplin guru dan hal-hal lain yang berkaitan peranan guru semasa di
sekolah.
Buku Kerjaya Sebagai Guru adalah salah satu daripada siri buku
kerjaya. Siri buku kerjaya ini membincangkan lebih lanjut berkenaan:
- Syarat dan kelayakan memohon kerjaya
- Cara-cara Memohon
- IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus berkaitan
- Bidang tugas kerjaya
- Peluang kerjaya, faedah dan kelebihan
- Badan dan organisasi berkaitan
Secara khususnya, maklumat yang terdapat di dalam buku ini dapat
memberi suntikan semangat dan sumber inspirasi untuk semua pembaca
di Malaysia bagi menceburi bidang perguruan. Ia juga berguna untuk
pemahaman ibu bapa berkaitan kerjaya guru dan bidang ini dapat
dijadikan pilihan untuk anak-anak mereka.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 : Sejarah dan Pengenalan
Bab 1 : Kelebihan Memilih Kerjaya Guru
Bab 2 : Sejarah Pendidikan Kebangsaan dan Negara
Bab 3 : Ciri-ciri Kerjaya
Bab 4 : Moto, Visi dan Misi
Bahagian 2 : Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 5 : Sifat dan Tanggungjawab Bakal Guru
Bab 6 : Kelayakan dan Syarat Menjadi Guru
Bab 7 : Institusi Perguruan
Bahagian 3 : Peluang Kerjaya
Bab 8 : Bidang Tugas dan Tanggungjawab
Bahagian 4 : Maklumat Tambahan
Bab 9 : Sejarah Hari Guru
Bab 10 : Tokoh-tokoh Kerjaya
Bahagian 5 : Penutup
Bab 11 : Motivasi kepada Bakal Guru
Bibliografi
|