|
Setelah 50 tahun
meraih kemerdekaan, Malaysia telah berjaya menghantar seorang anak
watan ke angkasa lepas, dan perkataan Angkasawan telah diterima
sebagai seerti dengan perkataan Kosmonaut dan Astronaut.
Menggapai Bintang adalah sebuah coretan kenangan yang mengimbas
kembali rasa sayang dan hormat seorang adik terhadap abangnya,
seorang angkasawan-wira Malaysia.Buku ini merupakan penceritaan
peribadi berserta gambar-gambar yang belum pernah diterbitkan di
mana-mana. Benar-benar menjadi inspirasi dan sarat dengan emosi,
buku ini menyingkap peranan penyokong yang dimainkan oleh ahli
keluarga dan hubungan adik-beradik yang abadi. Kisah benar tentang
kejayaan dan tragedi!
Menggapai Bintang pasti meruntun hati sanubari.
|