|
Buku ini membincangkan
secara terperinci setiap aspek pengurusan kewangan sekolah
berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas beberapa sekolah. Rumusan
dan cadangan diberikan bagi menyelesaikan masalah kewangan yang
timbul.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh pegawai pendidikan, pengetua,
guru besar dan pelajar dalam bidang pendidikan.
Kerajaan sudah membelanjakan wang yang banyak di dalam mengurus dan
mentadbir sekolah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pengetua
dan guru besar sekolah bagi memastikan wang yang diperuntukkan oleh
kerajaan dibelanjakan secara berhemat, tidak berlaku pembaziran dan
digunakan bagi meningkatkan pengajaran pembelajaran sekolah demi
kecemerlangan pelajar pada masa hadapan.
Walaupun di sesetengah sekolah pengurusan dan pentadbiran kewangan
sekolah diurus oleh kerani kewangan sekolah, namun tanggungjawab
pengurusan kewangan sekolah masih terletak di bahu pengetua ataupun
guru besar. Oleh itu buku ini membicarakan perihal mengurus dan
mentadbir kewangan sekolah.
Ia meliputi:
Bab 1 membincangkan struktur dan sistem pengurusan kewangan sekolah,
dan bagaimana sekolah mendapat per-untukan melalui peruntukan Per
Kapita Grant (PGG) bagi mata pelajaran, dan Per Kapita Geran (PCG)
bagi bukan mata pelajaran.
Bab 2 menganalisis berkenaan organisasi dan pengurusan kewangan
sekolah, serta tugas pengetua dan guru besar dalam mengurus kewangan
sekolah, peranan AJK kewangan sekolah dan pematuhan pekeliling
kewangan dan arahan perbendaharaan yang perlu dipatuhi.
Bab 3 adalah kajian kes berkenaan pengurusan kewangan di sebuah
sekolah di SRJK (C) dan SRJK (T) di Rawang Selangor.
Bab 4 adalah kajian kes tentang pengurusan kewangan di Sekolah
Menengah Teknik.
Bab 5 membincangkan pengurusan kewangan sebuah sekolah menengah
sebelum bertaraf PTj dan selepas bertaraf PTj.
Bab 6, kajian kes berkenaan pengurusan kewangan sekolah di sebuah
Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Bab 7, kajian kes berkenaan amalan pengetua dalam pengurusan
kewangan Sekolah Asrama Penuh.
Bab 8 pula menganalisis laporan audit bersyarat, yang meliputi
definisi audit bersyarat, mengapa sesuatu sekolah di kenakan laporan
audit bersyarat, dan cara mengatasi masalah laporan audit bersyarat.
Bab 9 membincangkan berkenaan isu-isu pengurusan kewangan sekolah
pada masa kini dan cara mengatasi masalah pengurusan kewangan
sekolah.
Oleh yang demikian, buku ini sesuai untuk pelajar-pelajar yang
mengikuti Kursus Kewangan dalam Pendidikan, Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan Sekolah, Ekonomi dalam Pendidikan, Perancangan dan Dasar
Pendidikan di peringkat pasca ijazah di institusi pengajian tinggi
awam dan swasta.
Buku ini juga sesuai digunakan sebagai bahan rujukan kepada
pegawai-pegawai pendidikan, pengetua dan guru besar sekolah yang
ingin mempelajari dan mendapat pengetahuan lanjut berkenaan
pengurusan dan pentadbiran kewangan sekolah menengah atau rendah di
Malaysia.
Setakat ini belum ada lagi buku di pasaran yang membincangkan secara
mendalam berkenaan pengurusan kewangan sekolah di Malaysia. Dengan
terbitnya buku ini, ia dapat menambahkan khazanah ilmu dan akan
menjadi buku rujukan utama dalam pengurusan dan pentadbiran kewangan
sekolah di Malaysia.
Sebagai peringatan kepada pembaca, Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Pelajaran yang disebutkan di dalam buku ini merujuk
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sekarang.
Di sini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Dekan, Fakulti Pendidikan yang memberi dorongan supaya semua staf
menghasilkan buku ilmiah bagi kegunaan pelajar dan masyarakat umum.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada Pn. Normawati
Zainol Abidin, Pn. Khalipah binti Md. Jidin dan Pn. Siti Fatimah
binti Mohamad Sulam yang sudi menaip manuskrip ini. Akhir sekali
saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar
ijazah sarjana seperti Pn. Subathiren a/p Ramaloo, En. Mokhtar
Ibrahim, En. Abdul Rahim bin Affandi, En. Azman bin Abdul Rahman, Pn.
Zaidah binti Mustaffa dan En. Haris bin Hamzah yang membenarkan
sebahagian daripada tulisan, dapatan dalam kertas projek dan tugasan
dimasukkan ke dalam buku ini. Sekian, terima kasih.
Isi Kandungan
Prakata
Bab 1 Struktur dan Sistem Pengurusan Kewangan Sekolah
Pendahuluan
Proses Pengagihan Peruntukan bagi Sekolah
Bertaraf PTj dan Bukan PTj
Kelebihan dan Kekurangan Sekolah Bertaraf PTj
Kebaikan dan Keburukan Peruntukan
Melalui Geran Sekolah Bertaraf Bukan PTj
Perbezaan Pengurusan Kewangan Sekolah
antara Sekolah Bertaraf PTj dengan Sekolah
Bukan Bertaraf PTj
Persamaan daripada segi Pengurusan
Kewangan Sekolah Bertaraf PTj dan Bukan PTj
Kesimpulan
Bab 2 Organisasi dan Tatacara Mengurus
Kewangan Sekolah
Pendahuluan
Tatacara Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan di Sekolah
Peranan dan Tanggungjawab Pengetua
dalam Mengurus Kewangan Sekolah
Struktur Organisasi Kewangan Sekolah
Jenis-jenis Kumpulan Wang Sekolah
Buku Vot
Tugas Pengetua pada Belanjawan Sekolah
Peranan Pengetua pada Sistem Kawalan
Dalaman
Peranan Pengetua ataupun Guru Besar dalam
Mematuhi Prosedur dan Tatacara
Kewangan Sekolah
Buku Tunai
Tatacara Penerimaan dan Pungutan
Tatacara Pembelian dan Pembayaran
Panjar Wang Runcit
Pesanan Tempatan
Sebut Harga
Tender Terbuka
Tatacara Pembayaran
Peruntukan Akta dan Pekeliling Berkaitan
Pengurusan Kewangan Sekolah
Borang-borang Kewangan
Kesimpulan
Bab 3 Pengurusan Kewangan di Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina:
Kajian Kes
Pendahuluan
Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian
Persoalan Kajian
Dapatan Kajian
Kajian Kes Pengurusan Kewangan Sekolah
Rendah (Tamil) di Rawang, Selangor
Kajian Kes Pengurusan Kewangan Sekolah
Rendah (Cina) di Rawang Selangor
Cadangan-cadangan bagi Memperbaiki
Pentadbiran Kewangan
Tambahan Peruntukan Wang SUWA
Cadangan Kajian Lanjut
Kesimpulan
Bab 4 Pengurusan Kewangan di Sekolah
Menengah Harian Biasa di Selangor
selepas Bertaraf PTj: Kajian Kes
Pendahuluan
Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTj)
Permasalahan Kajian
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Metodologi Kajian
Rumusan dan Cadangan
Kesimpulan
Bab 5 Mengurus Kewangan dan Amalan
Perakaunan di Sebuah Sekolah Teknik:
Kajian Kes
Pendahuluan
Kelemahan-kelemahan dalam Mengurus
Kewangan Kerajaan
Punca-punca yang Menjejaskan Integriti dan
Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Sektor
Awam
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Dapatan Kajian
Kesimpulan
Bab 6 Pengurusan Kewangan di Sekolah Agama
Rakyat: Kes Kajian
Pendahuluan
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Kajian Kes: Pengurusan Kewangan Di
Sekolah Menengah Agama Rakyat di Kulim,
Kedah Darul Aman
Bab 7 Pengurusan Kewangan di Sekolah
Menengah Asrama Penuh: Kes Kajian
Pendahuluan
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Dapatan Kajian
Kesimpulan
Bab 8 Laporan Audit Bersyarat
Pendahuluan
Audit dan Pengauditan Pengurusan Kewangan
Laporan Audit Bersyarat
Masalah dalam Amalan Pengurusan Kewangan
Sekolah
Strategi-strategi Menyelesaikan Masalah
Kewangan Sekolah
Hukuman Akibat Salah laku Serius dalam
Pengurusan Kewangan
Kesimpulan
Bab 9 Isu-isu Pengurusan Kewangan Sekolah
Rendah dan Menengah di Malaysia
Pendahuluan
Perakaunan dan Pengurusan Kewangan
Sekolah
Peruntukan Akta, Pekeliling dan Arahan
Perbendaharaan yang Berkaitan dengan
Pengurusan Kewangan Sekolah
Isu-isu Pengurusan Kewangan Sekolah
Cadangan-cadangan bagi Mengatasi Masalah
Pengurusan Kewangan Sekolah
Kesimpulan
Bab 10 Lampiran
Lampiran A: Kumpulan PCG Mata Pelajaran
dan Kumpulan PCG Bukan Mata Pelajaran
Lampiran B: Jenis Bantuan Per Kapita dan
Maksud Perbelanjaan
Lampiran C: Kadar Peruntukan Per kapita
Bab 11 Bibliografi
|