|
Seni membawa acara majlis
adalah suatu kemahiran, oleh itu seseorang pembawa acara majlis
memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi dan
berbahasa. Salah satu kemahiran yang mesti dimiliki oleh pembawa
majlis adalah kemahiran menggunakan bahasa berirama iaitu salah satu
seni bahasa ungkapan tradisional.
Terdapat begitu banyak jenis-jenis majlis rasmi dan tidak rasmi
sehingga kita tidak dapat menyenaraikannya satu persatu di sini,
umpamanya taklimat, menyambut pegawai baru, meraikan kenaikan
pangkat, perpindahan, persaraan, pertunangan, pernikahan, ulang
tahun perkahwinan, hari jadi, majlis ceramah, dan sebagainya.
Walaupun begitu, gurindam yang terdapat dalam buku ini dapat
disesuaikan dan diolah semula untuk digunakan dalam majlis-majlis
itu.
Seni membawa acara majlis adalah suatu kemahiran, oleh itu seseorang
pembawa acara majlis memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi dan berbahasa. Salah satu kemahiran yang mesti
dimiliki oleh pembawa majlis adalah kemahiran menggunakan bahasa
berirama iaitu salah satu seni bahasa ungkapan tradisional.
Ungkapan-ungkapan tradisional membawa nilai yang tinggi dalam
kehidupan berbudaya. Dalam ungkapan tradisional terkandung
nilai-nilai masyarakat yang berlandaskan agama dan kepercayaan yang
diwarisi daripada generasi ke generasi. Walaupun bahasa berirama
mengandungi penggunaan gaya bahasa tradisional namun ia dapat
memanfaatkan perkataan-perkataan moden supaya sesuai dengan konteks
majlis moden semasa.
Bahasa berirama mengungkapkan kebijaksanaan sepanjang masa, iaitu
warisan daripada zaman lampau, oleh itu kita dengan mudah dapat
memahaminya. Ini membolehkannya difahami oleh hadirin daripada
pelbagai lapisan dan pengetahuan.
Bahasa berirama dapat memperindah gaya bahasa Pembawa Majlis dan
menjadi strategi baik bagi menyatakan arahan, kritikan, nasihat dan
pedoman yang sekiranya dinyatakan dalam bahasa biasa akan
menjatuhkan maruah orang yang dimaksudkan dan merosakkan perhubungan
sosial. Di sinilah terletaknya kelebihan penggunaan bahasa berirama
dalam majlis, bahkan dapat menjadi seni yang dapat menambah
keberkesanan tugasnya. Bahasa berirama itu ialah bahasa yang
dilahirkan oleh budaya tinggi. Ia menyatakan kebijaksanaan dalam
mengungkapkan kecendekiaan.
Tidak semua orang dapat mengungkapkan butir-butir fikirannya dengan
menggunakan gaya bahasa yang halus dan yang indah. Melalui bahasa
berirama kita dapat menyampaikan maksud dengan cara yang lebih
berkesan.
Bahasa berirama adalah suatu jenis keindahan kesenian. Walaupun isi
kandungannya berupa kritikan tajam dan pedas, disebabkan kritikan
itu disampaikan dengan menggunakan bahasa berirama, maksud dapat
disampaikan dan diterima sebagai mesej halus. Walaupun menyampaikan
yang sesuatu yang tidak disenangi, tetapi gaya bahasa yang halus
dapat diterima. Kritikan dapat diungkapkan dengan tidak menyatakan
sebarang nama, atau menyatakan apa yang salah dengan spesifik.
Ungkapan tersebut tetap lunak pada pendengaran walaupun negatif.
Sebarang kritikan tidaklah sangat dirasakan dikritik, semuanya
dilembutkan oleh kesan indah bahasa berirama.
Bahasa berirama mudah difahami. Bagi orang yang baru sahaja buat
pertama kali mendengar ungkapan bahasa berirama dia sudah dapat
menduga maksudnya sambil menikmati keindahannya. Para pendengar
dapat membuat kesimpulan yang tepat dan bernas.
Bahasa berirama adalah unsur bahasa klasik. Unsur klasik membawa
kuasa dan autoriti yang tidak dicabar lagi kebenarannya. Ini dapat
meningkatkan keberkesanan pembawa acara dalam majlis dengan
meningkatkan karisma pembawa acara dalam sebuah majlis.
Ada beberapa jenis bahasa berirama, iaitu talibun, pantun, syair,
gurindam, teromba, seloka, dan lain-lain. Semua ungkapan ini, yang
diwariskan kepada oleh generasi lalu dapat digunakan untuk
fungsi-fungsi yang tersenarai di bawah. Malah, ungkapan baru dapat
dibentuk bagi memenuhi sebarang konteks dan situasi baru.
Ungkapan-ungkapan dalam buku ini, kecuali beberapa rangkap, adalah
ungkapan-ungkapan yang dicipta khusus bagi membolehkan bahasa
berirama digunakan dalam majlis-majlis kontemporari.
Isi Kandungan
BAHAGIAN 1: Peraturan dan Seni Membawakan Majlis Rasmi
Fungsi Bahasa Berirama 3
Prasyarat Kejayaan sebagai Pembawa Majlis Rasmi 8
Peraturan Memilih Pakaian 12
Fungsi Skrip 15
Prinsip Menulis Skrip 16
Teknik Membacakan Skrip 21
Persiapan Akhir 22
Latihan Teknik Membacakan Skrip 24
Teknik Membawakan Majlis 26
Peraturan Sosiobudaya dan Sosiolinguistik Melayu 28
Peraturan Sosiolinguistik Penggunaan Kata Ganti Nama Melayu 33
Kesilapan Pembawa Majlis Amatur 37
Panduan Memilih Pembawa Majlis Persandingan Melayu 39
Tanggungjawab Pembawa Majlis Persandingan Melayu 41
Pantang Larang Semasa Membawakan Majlis Persandingan Melayu 42
Peraturan Membahasakan Rakan Setugas 44
Peraturan Menggunakan Gaya Bahasa Mesra Kekeluargaan dan Gaya Bahasa
Kampung 46
Peraturan Menggunakan Panggilan Rasmi dan Mulia dalam Majlis
Persandingan Melayu 52
BAHAGIAN 2: Gurindam untuk Majlis Pertunangan
Hajat Besar 71
Memuji-muji Gadis yang Dipinang 72
Meminang Anak Orang Kenamaan 73
Meminang Anak Orang Besar 75
Meminang Gadis Terpelajar 77
Membalas Pujian dengan Pujian 79
Merendah Diri kepada Orang Kecil 83
BAHAGIAN 3: Gurindam untuk Majlis Persandingan
Adat Berinai dan Persandingan Melayu 87
Mempersilakan Pengantin Naik Pelamin 90
Memuji Pengantin di atas Pelamin 92
Terima Kasih atas Sumbangan 94
Menghargai Tetamu Jemputan 96
Sila Makan 98
Selepas Makan 99
Terima Kasih kepada Para Penanggah 100
Meminta Maaf atas Kekurangan 102
Datang Lagi 105
Sabar Menunggu 106
Nasihat untuk Pengantin Baru 108
Jodoh Baru Lebih Baik 110
Ucapan Ayahanda Pengantin 111
BAHAGIAN 4: Gurindam Tiada Jodoh
Memutuskan Tali Pertunangan 115
Rujuk 117
Memujuk Isteri yang Lari 119
BAHAGIAN 5: Gurindam untuk Persidangan
Sila Ambil Tempat Duduk 125
Sila Masuk ke Dalam Dewan 127
Minta Diam 129
Tutup Telefon 130
Tempat Duduk Diasingkan 132
Petugas Ambil Tempat 134
Penuhkan Kerusi di Hadapan 136
Mengumumkan Ketibaan Pembesar 138
Memulakan Acara 139
Menyampaikan Cendera Mata 140
Mengumumkan Perubahan Jadual 141
Soalan Biar Pendek 142
Satu Orang Satu Soalan 144
Meja Makan Khas untuk VIP 145
Meja Bufet Lelaki dan Wanita 147
Mengalihkan Kereta 149
Sesi Bergambar 150
Jangan Bawa Budak 151
Acara Malam 153
Jadual Naik Bas 154
Jangan Berebut-rebut 156
Jangan Termakan Orang Punya 157
Menutup Acara 159
Pembahagian Tugas 160
Menghargai Para Penyumbang 162
Menyampaikan Sijil Kursus 163
Cendera Mata Hotel 165
Bil-bil Hotel 166
Penghujung Acara 168
BAHAGIAN 6: Gurindam Puji-pujian dan Alu-aluan
Mengalu-alukan dan Memuji-muji Pemimpin Politik 171
Mengalu-alukan Ketibaan Pembesar Perempuan 172
Mengalu-alukan Ketibaan Pembesar Perempuan Cendekiawan 174
Memuji-muji Ibu Mithali 175
Memuji-muji Ketua Baru 176
Memuji-muji Ketua yang Garang 178
Memuji-muji Pekerja yang Baik 180
Memuji-muji Orang Bijaksana 181
Memuji-muji Orang Budiman 183
Memuji-muji Orang yang Pandai Melaksanakan Tugas 185
BAHAGIAN 7: Gurindam untuk Majlis Perpisahan
Selamat Tinggal 189
Selamat Jalan 190
Selamat Bersara 192
Menghargai Orang yang akan Pergi 193
Mengenang Budi 194
BAHAGIAN 8: Pelbagai Gurindam
Belajar 197
Menuntut Ilmu 199
Mengusahakan yang Baik 201
Mengharapkan Hasil yang Baik 203
Berkongsi Nasib 205
Setia Kawan 207
Kalah dan Menang 210
Tekun dan Cekal 213
Gunakan Alat yang Betul 217
Kena pada Tempatnya 219
Tidak Kena pada Tempatnya 220
Mengharapkan Perkara Mustahil 221
Penawar 222
Perbuatan Bodoh 224
Tuah Badan 225
Memburukkan Lagi Keadaan 226
Kena pada Masanya 227
Serba Salah 229
Tugas Susah 230
Salah Meletakkan Kepercayaan 231
Dikhianati 232
Kerja Sia-sia 233
Meminta Sumbangan 234
Minta Lagi 236
Jawapan kepada yang Meminta Lagi 237
Konvokesyen 238
Memanfaatkan Sifat 240
Mengharapkan Penerimaan 241
Cabaran 244
Sama-sama Hebat 246
BAHAGIAN 9: Mantera Motivasi
Mencari Rezeki 251
Menuntut Ilmu 254
Mengembara 256
Berani Menentang Musuh 258
Belayar 260
Berenang 262
Mendaki Gunung 26
BAHAGIAN 10: Pepatah-petitih
Pepatah-petitih 269
|