|
Kemahiran menggunakan
komputer adalah perkara biasa. Namun, tidak ramai yang tahu cara
mengoptimumkan penggunaannya. Buku ini menunjukkan kaedah dan cara
menggunakan tiga jenis program iaitu:
Microsoft Word
Microsoft Excel
Internet
Ia praktikal, mudah difahami dan disertakan dengan gambar rajah.
Berbeza daripada buku program lain, buku ini membincangkan secra
terperinci pelbagai tugasan spesifik yang dapat dimudahkan
pelaksanaannya dengan menggunakan cara-cara tertentu.
Sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan
pelajar dan individu yang mahu mengetahui perkara-perkara asas dalam
menggunakan komputer.
Syukur alhamdulillah, akhirnya dengan izin Tuhan, buku ini dapat
disiapkan. Buku ini amat bermakna bagi saya kerana ia adalah koleksi
pengalaman sendiri dalam menjalankan tugasan seharian. Pada asalnya,
penghasilan buku ini adalah untuk kegunaan sendiri supaya apa yang
dipraktikkan tidak dilupai. Memikirkan ilmu yang dimiliki manusia
bukan milik mutlak dan dipinjamkan untuk diberi pinjam, bahan
koleksi diperkemas untuk dikongsi bersama.
Buku ini memaparkan kaedah menggunakan program Microsoft Word,
Microsoft Excel dan internet dalam menjalankan tugas seharian. Ia
berguna bagi setiap lapisan masyarakat, daripada pelajar sehingga
profesional. Berlainan daripada buku-buku program komputer lain,
buku ini membincangkan secara terperinci pelbagai tugasan spesifik
yang dapat dimudahkan pelaksanaannya dengan mengguna-kan ciri-ciri
tertentu program-program yang terbabit.
Saya berharap buku ini dapat memberi manfaat kepada semua. Ucapan
terima kasih kepada pengurusan Universiti Teknologi Mara Kampus
Dungun kerana memberikan saya ruang serta peluang bagi menulis buku
ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
nama mereka dimuatkan di dalam buku ini.
Wan Mohd Nazif bin Wan Mohd Nori
Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Terengganu.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 Pendahuluan
Pengenalan
Kebaikan Teknologi
Keburukan Teknologi
Bahagian 2
Pengenalan
Microsoft Words
Menyediakan Surat
Membetulkan Ejaan dan Menggantikan Perkataan
Membuat Brosur
Menggunakan Document Map
Meletakkan Nombor Muka Surat
Menyediakan Teks dalam Bentuk Kolumnar
Membuat Isi Kandungan secara Automatik
Mengelak Kesilapan Ejaan
Menyediakan Kepala Surat Rasmi Syarikat
Membuat Muka Surat Melintang dan Menegak
Membuat Resume dan Baucar Bayaran
Menyediakan Soalan Ujian dan Peperiksaan
Menggabungkan Teks, Data, Graf dan Gambar
Membuat Hyperlink sebagai Rujukan Pembentangan
Membuat Label untuk Fail
Meletakkan Gambar Rajah
Membuat Carta Alir Proses Kerja
Meletakkan Simbol dalam Dokumen
Melakar Peta Lokasi Kad Jemputan
Bahagian 3 Microsoft Excel
Pengenalan
Membuat Helaian Kerja bagi Markah Pelajar
Memasukkan Data ke dalam Pangkalan Data
Menyalin Data Berformula ke dalam Rumusan
Kesan Perubahan Data secara Automatik
Menyediakan Penerangan Data
Menyediakan Laporan Umur Hutang Pelanggan
Mengira Gaji dan Kerja Lebih Masa Pekerja
Menyediakan Jadual Waktu
Membuat Carta bagi Analisis Jualan Syarikat
Bahagian 4 Internet
Pengenalan
Meletakkan Laman Web sebagai Favourite
Membuka Akaun E-mel
Mewujudkan E-mel Kumpulan
Mengiklankan Produk ataupun Perkhidmatan
Membuat Laman Web Individu
Menyimpan Data secara atas Talian
Menetapkan Laman Web Pilihan sebagai Home Page
Bahagian 5 Tip Menggunakan Komputer
Menguruskan Fail Menggunakan Windows Explorer
Membuat Salinan Pendua untuk Data
Menyimpan Fail Besar
Tip-tip Microsoft Words
Menggunakan Print Screen
Memindahkan Drawing Sekali Gus
Memblok Seluruh Helaian Kerja dalam Microsoft Excel
Melebarkan Kolum Excel
Menambah Kolum dan Baris dalam Microsoft Excel
Menyusun Data
Menamakan dan Menambah Helaian Kerja
Mempamerkan Formula pada Skrin
Mencetak Helaian Kerja dalam Satu Muka Surat
Menamakan Kawasan Helaian Kerja
Menyalin Gambar daripada Internet
Berpindah daripada Satu Slaid ke Slaid Lain
Mencari Lokasi Fail dengan Cepat
Membuat Jalan Pintas pada Desktop
Menambah ataupun Mengedit daripada Disket
Rujukan 225
|