First Edition Bookstores .....                    At Damansara Utama, Petaling Jaya .....                    Open everyday from 9:00 am - 12:00 midnight .....                    The bookstore for night owls (and early birds too) .....                    Always first to open and last to close .....                    The only 15/7 bookstore .....                    Serving you 15 solid hours daily, 7 days a week .....                    Books, magazines, stationery, gifts, greeting cards, educational toys, etc. .....
             
  BUSINESS HOURS: 9:00 AM - 12:00 MIDNIGHT EVERYDAY (INCLUDING SUNDAYS & PUBLIC HOLIDAYS)
 

About Us Shipping Contact Us   

 Senarai Buku-buku Melayu

Home
Wealth
Self-Help
Health & Fitness
Biographies
Traders' Corner
Islam
Christianity
Enlightenment
Malay Titles
Special Interests
Porsche Design
Gift Vouchers

 

 

Undang-Undang Untuk Pengetua & Guru Besar

Author: Mohd Ismail Othman

Binding: Softcover 239 pages (1970)

Publisher: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
ISBN: 9833376630
Price: RM24.00

 

Sinopsis

Buku perundangan pendidikan yang lengkap dan terkini ini membincangkan aspek perundangan dalam Akta Pelajarn 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Ia juga memuatkan kes-kes salah laku di sekolah yang pernah didakwa di mahkamah serta lengkap dengan pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pelajaran.

Buku ini dapat membantu pemimpin pendidikan meneliti, mamahami dan melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Ia sesuai sebagai rujukan para pendidik, ibu bapa dan bakal-bakal pengetua sekolah. Memberi panduan dalam mengambil tindakan yang munasabah bagi melindungi diri daripada ancaman pendakwaan di mahkamah.

Kesedaran untuk menulis dan mengumpul bahan-bahan dalam buku kecil ini wujud semasa menghadapi bakal-bakal pendidik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan di Universiti Utara Sintok, Kedah sejak beberapa tahun yang lalu. Ketiadaan buku perundangan pendidikan yang bersesuaian, lengkap dan terkini menyulitkan para siswa siswi membuat rujukan selain daripada mendapatkan pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolah. Malah ada sekolah yang tidak menyimpan pekeliling-pekeliling dengan lengkap kerana pekeliling-pekeliling itu dihantar ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pendidikan secara berasingan dari semasa ke semasa sejak tahun 60-an lagi.

Justeru, pengetua yang baru dilantik, guru-guru yang tidak dilengkapkan dengan pengetahuan perundangan pendidikan menghadapi masalah apabila berhadapan dengan kes-kes disiplin pelajar dan pelanggaran tatatertib di sekolah. Mungkin pihak Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri merasakan pihak pentadbir sekolah sahaja yang perlu diberi pendedahan kepada aspek perundangan dalam pendidikan. Dan kalau ada pun, kekerapan mengadakan kursus berkenaan masih boleh ditingkatkan lagi bagi memberi peluang kepada bilangan guru yang lebih ramai lagi mengikutinya.

Selain daripada itu, guru-guru sendiri masih kurang arif berkenaan ‘Perintah Am’ dalam perkhidmatan awam walaupun mereka menghadiri kursus induksi sebelum disahkan dalam jawatan mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik dan cekap serta menghadapi risiko dikenakan tindakan tatatertib oleh ketua jabatan atau pengetua mereka.

Dalam konteks yang disebutkan di atas, tidak hairanlah jika ramai pelajar-pelajar pendidikan tidak tahu prosedur merotan seseorang murid yang didapati bersalah melanggar peraturan sekolah jika murid itu perlu di rotan. Dan ada di kalangan guru-guru sendiri merotan murid-murid dengan tidak mengetahui adanya peraturan yang jelas bagaimana merotan murid-murid, lebih-lebih lagi di kalangan ibu bapa yang masih menganggap anak mereka tidak boleh dirotan kerana kejahilan mereka berkenaan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran. Malah masih terdapat di antara guru-guru yang tidak sedar, pelajar-pelajar yang bersalah kerana merokok beberapa kali boleh dibuang sekolah.

Kejahilan daripada aspek peraturan dan perundangan sekolah kadang-kadang menyebabkan banyak masalah disiplin di sekolah tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Dan sekiranya masalah itu diselesaikan pada peringkat sekolah, masih terdapat ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu. Fenomena ini bertambah rumit lagi kerana bilangan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah meningkat dengan amat pesat sekali.

Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat berita berkaitan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku, deraan, soal akademik, kokurikulum dan bermacam-macam lagi. Ini kerana ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam dunia pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak yang pergi ke sekolah. Akan tetapi, aspek perundangan dalam pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini penting untuk semua pihak iaitu para pendidik, ibu bapa mahupun pelajar-pelajar. Dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab, aspek pendidikan dan perundangan yang berkait dengannya seharusnya diberi perhatian juga kerana sumber tenaga yang paling penting datangnya dari warga negara yang berkualiti secara menyeluruh; jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta patuh pada peraturan dan undang-undang negara. Justeru, dalam negara yang sedang pesat membangun ini, kita sebagai rakyat yang prihatin hendaklah memastikan bakal-bakal profesional, ahli-ahli korporat dan cendekiawan yang hendak dihasilkan menepati kehendak negara daripada sudut pembangunan insan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara, pada era globalisasi.

Bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik, selain daripada berusaha bersungguh-sungguh, rajin dan dedikasi, pelajar-pelajar sekolah hendaklah mempunyai matlamat yang jelas pada tujuan mereka datang ke sekolah di samping dapat mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah dan Kementerian Pendidikan. Ini bertujuan menyenangkan semua pelajar menimba ilmu dalam suasana yang kondusif dan sesuai supaya pelajar memperoleh pengetahuan dengan sebaik-baiknya di samping dapat bergaul dengan mesra. Sekiranya ada di kalangan pelajar yang datang ke sekolah semata-mata bagi menghabiskan masa sahaja tanpa tujuan yang jelas, maka berkemungkinan besar mereka akan mengganggu pelajar-pelajar lain.

Ibu bapa sebagai penjaga sepatutnya membantu anak-anak supaya dapat mendisiplinkan diri mereka di rumah dan di sekolah dalam mengejar cita-cita mereka. Oleh itu, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah hendaklah difahami oleh mereka. Dalam hal ini, PIBG boleh membantu ibu bapa supaya mempunyai akses kepada kehendak sekolah termasuk peraturan sekolah serta aspek perundangan pendidikan seperti yang tercatat dalam matlamat jangka panjang sekolah.

Di maktab-maktab perguruan dan IPTA yang menganjurkan program untuk bakal pendidik seharusnya menawarkan kursus yang ada kaitan dengan peraturan dan perundangan pendidikan. Ini amat penting sekali kerana guru-guru sentiasa terdedah kepada perkara-perkara yang berisiko tinggi di sekolah sekiranya mereka tidak memahami peraturan dan undang-undang yang berkait dengan pendidikan. Guru juga ditugaskan dengan tanggungjawab yang amat berat bagi menjaga dan mendidik anak-anak secara sah. Daripada aspek perundangan, walaupun sukar, guru-guru semestinya menjaga dan mendidik pelajar-pelajar seperti ibu bapa menjaga anak-anak mereka.

Buku kecil ini bukanlah buku undang-undang. Jauh sekali kalau ia dikatakan lengkap dengan peraturan dan perundangan pendidikan. Ia bertujuan memberi sedikit panduan kepada bakal-bakal pendidik berkenaan beberapa peraturan dan perundangan yang sedia ada supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan memuaskan di samping dapat menghindarkan diri daripada risiko yang mungkin ditanggung apabila terdapat dakwaan di pihak-pihak tertentu.

Kita sedari, pada masa ini semua sekolah mempunyai peraturan-peraturan bertulis yang tersendiri berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan dan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Peraturan yang terdapat di sekolah berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang mengarahkan pengetua dan guru besar meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka. Semasa menyediakan peraturan-peraturan sekolah, pengetua dan guru besar hendaklah mematuhi Ordinan Pelajaran yang sudah dikatakan, dan Pekeliling-pekeliling ikhtisas lain dari Kementerian Pendidikan yang ada kaitan. Selain daripada itu pengetua dan guru besar hendaklah sedar walaupun peraturan dibuat di sekolah, Perlembagaan Persekutuan boleh membatalkan peraturan yang sekolah sediakan sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Satu contoh yang jelas berlaku di sebuah sekolah di Serting, Negeri Sembilan pada 6 Ogos 1999 berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 - Pakaian Murid-murid sekolah, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat peraturan di sekolah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, pengetua dan guru besar hendaklah menyemak semula peraturan-peraturan yang dibuat di sekolah dan merujuk dengan sumber yang sedia ada supaya tidak bertentangan dengan Akta Pendidikan dan Perlembagaan Persekutuan. Sumber yang boleh diperolehi bagi memurnikan peraturan sekolah adalah:

Ordinan Pelajaran 1957 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959
Akta Pelajaran 1961
Akta Pendidikan 1996, seksyen 130 (2)

Sebagai tambahan kepada Akta di atas, pekeliling-pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa amat berguna sekali sebagai rujukan.

Oleh sebab peraturan sekolah boleh dibatalkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, adalah baik sekiranya peraturan sekolah disemak dan ditafsirkan dengan teliti oleh pakar undang-undang supaya kesahihan dan kesesuaiannya selari dengan undang-undang negara.

Bagi membantu para pendidik mengawal dan mengendalikan kes-kes disiplin di sekolah dengan cekap dan adil, buku ini antara lain memuatkan kes-kes disiplin pelajar yang dibawa ke Mahkamah seperti kes Mahadevan v. Anandarajan & Ors. Dan sebagai memberi kesedaran kepada guru supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan tugas, dimasukkan kes-kes yang dianggap ‘kecuaian guru’ dalam kes Zazlin Zahira v. Louise Marie Ambrose, Mohamed Raihan bin Ibrahim v. Government of Malaysia, Government of Malaysia & Ors. v. Jumat b. Mahmud & Anor dan kes Chen Soon Lee mln. Chong Voon Pin dan lain-lain.

Sebagai usaha memberi kesedaran yang lebih kepada para pendidik supaya berdedikasi tinggi semasa menjalankan tugas mereka di sekolah, dimasukkan juga kes-kes salah laku guru-guru yang melanggar tatatertib profesion perguruan dan juga melanggar Perintah Am untuk kakitangan kerajaan.

Selain daripada itu, bagi mengelakkan diri pengetua dan guru besar daripada apa yang dilaporkan dalam ‘Utusan Malaysia’ yang bertajuk, “Guru Besar didakwa seleweng bantuan” (Utusan Malaysia 28 Jun 2003) beberapa peraturan dimasukkan terutama sekali peraturan yang berkait dengan pengurusan kewangan yang mesti dipatuhi agar semua pengetua dan guru besar melaksanakan tugas mereka dengan cekap, memuaskan tanpa sebarang penyelewengan

Diharapkan dengan sumbangan yang kecil ini, Insyaallah dapat memberi manfaat kepada semua golongan pendidik yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan ahli masyarakat yang sentiasa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.

Mohd. Ismail bin Othman KMN., SDK.,BCK.
Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan
Universiti Utara Malaysia,
Sintok, Kedah.
2003

Isi Kandungan
Penghargaan
Kata-kata aluan
Pendahuluan
Kandungan

Bab I
Keperluan Akta Baru Dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Keperluan Akta Baru
Akta Pendidikan 1996
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan
Penilaian dan Peperiksaan
Pendidikan Islam
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan swasta
Pendidikan rendah
Pendidikan selepas Menengah
Pendidikan Tinggi
Jemaah Nazir sekolah
Kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang
Peraturan-peraturan tambahan
Penutup.

Bab 2
Pentadbiran Undang-Undang Dalam Pendidikan
Pengertian Legal literacy
Mengapa pendidik dan sekolah didakwa?
Sekolah sebagai ‘in loco parentis’
Tanggung jawab guru dalam bilik darjah
Kawasan sekolah
Keselamatan pelajar
Undang-undang Tort
Kecuaian
Kes-kes :
(i) Mohamed Raihan & Anor v. Government of Malaysia & Ors.
(ii) Yogeswari Nadarajah & Anor v. Government of Malaysia.

Ordinan yang masih diguna pakai
Disiplin : Kes Mahadevan v. Anandarajan & Ors.
School (General Regulations) 1951
Peraturan-peraturan dalam Akta Pendidikan 1996
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
Kes Chen Soon Lee melawan Chong Voon Pin dan Lain-lain

Bab 3
Peraturan Dan Perundangan Disiplin Sekolah
Latar Belakang Disiplin di sekolah
Masalah Disiplin di Amerika Syarikat
Buli – masalah disiplin yang serius
Pengertian disiplin dan hukuman
Sekolah bermasalah disiplin
Iklim Pengajaran & Pembelajaran yang selamat
Pelajar lelaki dengan masalah sekolah
Masalah disiplin & hubungan dengan kanun keseksaan
Pengukuhan disiplin di sekolah
Resolusi seminar disiplin pelajar kebangsaan
Mengurangkan tingkah laku yang merosakkan
Lembaga pengawas sekolah
Pengurusan disiplin pelajar
Bolehkah kesalahan disiplin di hapuskan?
Hukum gantung dan buang sekolah
Pekeliling yang berkaitan dengan disiplin
Peraturan sekolah dan kes di mahkamah
Prosedur tindakan disiplin

Lampiran 1 Contoh surat pertuduhan gantung sekolah
Lampiran 2 Contoh surat keputusan gantung sekolah
Lampiran 3 Contoh surat pertuduhan untuk buang sekolah
Lampiran 4 Contoh surat keputusan buang sekolah

Bab 4
Prosedur Dalam Pengurusan Kewangan
Peruntukan Pembangunan Untuk Program Pendidikan RM kelapan
Pembangunan Sumber Manusia
Peningkatan enrolmen pelajar
Bajet Pendidikan di Amerika Syarikat
Peraturan dan Pengurusan Kewangan Sekolah
Pemberian Bantuan Per Kapita
Jenis kumpulan wang
Kumpulan wang Kerajaan & Suwa
Pemberian Bantuan Asrama
Kadar Bantuan dan Maksud Perbelanjaan
Prosedur Tuntutan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah
Tanggungjawab Pengurus sekolah

Jadual 9 – Kumpulan PCG Mata Pelajaran
Jadual 10 – Jenis Bantuan Dan Maksud Perbelanjaan
Jadual 11 – Kadar Bantuan Per Kapita

BAB 5
KES-KES PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN

Pertukaran pegawai perkhidmatan pendidikan
Perjanjian biasiswa untuk guru pelatih
Penglibatan guru dalam parti politik
Kesalahan disiplin di Institusi pengajian tinggi
Pembuangan pensyarah universiti
Kesalahan guru di bawah Kanun Keseksaan

Bab 6
Kes-Kes Tatatertib Yang Melibatkan Guru
Masalah dalam pentadbiran tatatertib
Contoh kes-kes tindakan tatatertib ke atas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Kes Khalwat
Tingkah laku kurang sopan
Lewat datang bertugas
Melanggar Arahan Perbendaharaan
Kes Jenayah
Rogol
Pecah Amanah
Keterhutangan kewangan yang serius

Penutup
Glosari
Bibliografi

 

 

[Back] [Home] [Up] [Next]

Send mail to  admin@firstedition.com.my with questions or comments about this website.
Copyright © 2004-2009 First Edition Bookstores
Last modified: 05-Jan-2010